Monday, 29 April 2013

Sweet Sour Bitter Salty ~

Holaa ~ Assalamualaikum :)
Fuhh fuhh ~ Banyak nya sawang kat sini o_O Hewhew x) Dah lama tak update blog ni :p So , today aku nak story morry biskut merry cicah teh kat sini :3
Hmm , just look at the title of this post. Ohh , banyaknya perasa o_O Hahaha xD Actually aku nak story pasal kejadian pada 27 April 2013. Kelas aku ( 4 Istiqamah a.k.a 4 Istanbul ) ada buat lawatan ke PWTC sempena pesta buku. Ada banyak peristiwa yg terjadi masa kitorang kat sana. Manis , masam , pahit and masin pun ada. Semua benda yg dah jadi tu ada hikmah di sebaliknya.... Aku akan story satu per satu bermula dengan kejadian yg manis :)


MANIS

 Peristiwa yang manis teramat sangat semanis fresh orange yang tertumpah gula 5kg ialah ...... Jeng jeng jeng ~ Kitorang jumpa Zain Saidin!  

Wahh ~ Haha xD Tapi just aku dengan Myra jelah yang jumpa dia :)) Hewhew. Mula-|| kitorang jalan-jalan je. Then ternampak Zain Saidin dekat atas stage. Dia tengah promote EduCube. Aku dengan Myra pulak dok tercongok depan stage, tunggu nak bergambar dengan dia. 

Tiba-|| ada someone ni cakap kalau nak snap dengan Zain , kena beli kad EduCube tu dulu. Kebetulan aku memang nak beli pun sebab nak try main. So , dapat lah aku bergambar dengan Zain Saidin :D Yeay!! Taraaaaa ~ Charming kan :)

 
  From left: Myra, Zain, Wanie(me)


MASAM   >.<
 
Peristiwa masam ni agak sadis untuk diceritakan. Hmm , ada kaitannya dengan Ainin Suraya :p Masa tu aku and Ainin terpisah dengan Myra and Rai. So, aku and Ainin jalan-|| jelah. Then , kitorang ternampak Ain Maisarah. Actually aku dah banyak kali jumpa Ain Maisarah ni. Ainin pulak teringin nak bergambar dengan Ain Maisarah.

**Ainin: "Actually aku taknak pon amik gambar dengan dia. Malu lah. Ain Maisarah je pon. Suka hati je Wanie nak tulis macam ni." -_-  **

So, aku temankan lah dia. Tapi masa tu aku taktau nak suruh siapa snapkan gambar. So, aku ckp dgn Ainin yg aku nak cari Myra and Rai. Bila cari diorang , lama lah pulak ~

 So, Ainin kata dah sampai turn kitaorang ambik gambar. Tapi aku takde, so dia cari aku pada mulanya tapi tak jumpa and dia ikut Kyla.Pastu dia merajuk pulak. Then , dia menghilangkan diri. Dia pulak dah la tak bawak phone. Wahh~ o_O Memang aku dgn Myra penat pusing satu PWTC tu sebab nak cari dia. Tiba-|| ada orang call cakap dia nampak Ainin otw nak pi surau. Haish , sabo jelah ~ Sampai kat surau lepas kitorang pujuk dia, baru dia okay. Fuhh ~ Finally ~~


PAHIT  :((

Yang pahit ni memang teramat pahit sepahit batu di jalanan. #Eh? Hoho , sepahit kopi tanpa gula maybe. Hmm , lepas aku & Myra pujuk Ainin, pakwe Myra ajak Myra beli novel. Automatically kitorang kena lah temankan dia. Nanti apa pulak orang cakap. Hmm , beli punya beli bila time nak bayar ,  beratur punyalah panjang. Time tu aku dah gelisah dah. Bagaikan cacing kesejukan. #Eh? Kepanasan lah ~ 

Hmm , last-|| pukul 1.40 baru kitorang pi solat. Dah la ramai orang. Sampai terpaksa potong barisan time nak wudhu'. Sepatutnya kitorang kena naik bas pukul 2 tapi pukul 2.30 baru kitorang ada dalam bas sebab tak jumpa bas nya kat mana ..... Hmm , memang sadis sangat sebab ramai yg marah kitorang :/ Maaflah. Kitorang bukannya sengaja. Benda nak jadi. Ada yang tak boleh solat tu , senang cer lah. So, tak payah la kalau nak berdendam dan sebagainya.

 Hmm , lepas tu kitorang pi Alamanda pulak coz nak lunch. Aku , Ainin & Myra tekad nak masuk bas awal. Kitorang orang first yg turun bas then terus pi foodcourt , nak makan. Time kitorang dah mula makan , diorang tu still nak cari-|| meja lagi. Hahaha :pp Biar diorang. Dah habis makan kitorang sempat lagi shopping kat situ. Aku beli purse baru. Ainin & Myra just tengok-|| je :p Finally , kitorang masuk bas sebelum diorang yg marah-|| tu masuk :3 Yeah !!


MASIN   -.-

Peristiwa masin ni hanya ada kaitannya dengan aku sahaja. Hmm , masa balik bas sampai sekolah tepat jam 5.05 minit dan 39 saat. Lepas pergi tandas and lepak-|| kejap kitorang terus turun duduk kat bus stop. 

Suddenly , baru aku tersedar yg purse aku yg ada RM170 di dalamnya tu dah hilang ! Ohmaigod ! Seriously aku cuak gila tahap babi hutan nak sondol orang ! Aku dah cari merata-rata but still tak jumpa lagi :(( Mama & ayah dah membebel-bebel marah kat aku. "Why are you so careless ?" "Where did you put it?" "How did you lose it?" "When did you realise it is missing?" 

Hmmm :(( Aku balik rumah terus menangis sampai mata bengkak and aku terus migrain. Aku try call uncle yg bawak bas tu but dia kata takde :( Keesokkan harinya , masa aku tengah bersiap nak pi taekwondo, mama cakap uncle bas tu baru call. Dia cakap purse tu ada dekat dia. Ya Allah ! Aku bersyukur sangat time tu. Terus aku menangis sebab aku tak sangka Allah pulangkan balik purse tu kat aku. Aku ingatkan dah takde harapan nak dapat purse tu balik. Thankyouu Allah :) Alhamdulillah :)


Moral of The Story (^_^)

i) Jaga hati, jantung, buah pinggang, esophagus and perasaan kawan kita. Jangan biar dia terluka dengan apa yg kita dah buat.

ii) Jangan bermuka-muka. Kalau tak puas hati, kutuk depan-|| jangan kutuk belakang. Perangai orang macam ni serupa macam tahi lembu berak kapur je.

iii) Cuba untuk menepati masa. Pengajaran ni untuk kitorang jugak. Kalau tahu dah nak masuk waktu solat, pi solat dulu. Benda lain kemudiankan.

iv) Don't be careless. Especially benda-|| yg berharga. Jaga elok-elok. Duit bukannya petik dari pokok :)

So, that's all for now :) Hopefully you tak penat baca post ni. I know bahawasanya post ni terlebih-lebih punya panjang :pp Hahaha xD
Okayy , byebye :D Assalamualaikum :3
xoxo Wanie :*

** : Ainin tak puas hati.


Saturday, 20 April 2013

H a r i Y a n g M e n g g e r u n k a n. :/

Assalamualaikum!

Dup dap dup dap

Tetttt...

"Doktor, dia dah tak bernafas."


*******************************************************************************************

Cerita di atas hanya merepek semulut-mulut. Semata-mata actually. Aku ni suka buat kerepek. Abaikan~

Sebenarnya hari yang menggerunkan tu ialah hari yang mana budak form 4 dan form 5 wajib menduduki kerusi plastik di sekolah. 

Eh,eh.. Jangan percaya pulak. Main-main je. Kitaorang kena menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 a.k.a PPT pada 29 haribulan 4 ini bersamaan hari Isnin rasanya.

Sebenarnya, lambat lagi. Tapi tiba-tiba cikgu bagi pengumuman-----

"Perhatian kepada pelajar tingkatan 4 dan 5, disini ada pengumuman penting. Tarikh PPT akan dipercepatkan pada 29/4. Harap maklum."


Time tu memang huru hara lah satu kelas aku. Semua tak puas hati. Aku pon tak puas hati lah. Dah la belum buat persediaan apa-apa lagi. Haish... kesabaran 'meribut' betul.

Sekarang ni, aku kena lah buat latihan sikit-sikit. Tapi perangai malas masih menyibuk dalam badan ni. Hemm.. macam mana lah. Aku nak buat betul-betul.

#Assalamualaikum!

Ditaip oleh: SUGHAYA

Sunday, 7 April 2013

You made my day :')

Holla ! Assalamualaikum :)

Wah ! Cuba tengok title post ni :p You made my day ? Who ? Thehehehe x) Actually ada someone yang dah buat aku tak berhenti senyum dari pagi tadi :D Nama dia jeng-jeng-jeng - Ahmad Imran bin Mustafa Kamil (^_^)

Hmm , aku baru je kenal abang Imran ni . Eh ? Suka hati je nak panggil 'abang' -.- Haha , biarlah . Lagipun dia pun bahasakan diri dia dengan kitorang (budak taekwondo) sebagai abang . So, kitorang follow jelah :3 Lagipun memang umur dia tua 2 tahun dari aku :p

Abang Imran ni sebenarnya aku baru kenal hari ni. Dia ada test taekwondo kat sekolah tempat aku training taekwondo. Hmm, kiranya dia ni dah jadi senior aku lah :)
Guess what ? Muka Imran sebijik macam Nazmi Faiz ! Tak kenal ? Hmm , ni dia.


Comel kan ? Muehehehe xD Sebab tu aku asyik dok mengusha dia je kat dewan :3 Sampai ayah pun perasan. Ayah siap bahan aku lagi -..-'

Sekarang ni aku dalam misi mencari facebook Imran x) Nasib baik Razi dengan Tiru (member taekwondo) dengan sukarela tanya adik Imran pasal dia. Bolehlah aku tahu serba sedikit pasal dia :)

Okaylah ! Nak teruskan misi mencari facebook Imran :D

Byebye ! Assalamualaikum :3
xoxo Wanie :)

Saturday, 6 April 2013

B E L A J A R...

Assalamualaikum.. 

Sekarang ni dah bulan 4. Ting tong ting tong. Sekejap je 'jam' ni berlalu. Kalau lah masa ni boleh 'digolek-golekkan' , 'guling-gulingkan', pap pap pap! Jatuh balik pada awal-awal dulu kan best. Kalau tak pon, sekurang-kurangnya aku nak ulang balik masa PMR dulu. Nak belajar sungguh-sungguh, gila-gila sampai tak sempat nak makan, nak tidur.. Agak menyesal jugak lah. Main-main masa PMR.

Mungkin aku ada buat salah kat orang sekeliling aku terutamanya kat ibu dan ayah. Ya Allah.. Ampunilah dosaku. Masa trial takde lah teruk sangat. Bila tau result PMR macam tu, tension kot. Ergggh.. 

Tapi, apa-apa pun, aku tak boleh nak mengalah. Tahun ni, kenalah ada azam baru. Lagi-lagi dah tingkatan 4 ni. Periksa SMA lagi.. Nak score lah jugak dalam SMA ni walaupun malas bab2 menghafal ni. Subjek akademik pulak tak boleh la nak pinggirkan. Kesian dia~ nanti menangis karang. Dah la buku teks Add math pon dah hilang -____- tapi, bukan bermakna kita boleh endahkan macam tu. Kenalah cari alternatif lain,kan.. 

Mulai saat ini, aku nak belajar bersungguh-sungguh. Lagi-lagi tarikh 'hantu' sering mengejutkan aku. PPT weyh tak lama lagi. Aku nak ibu dan ayah aku bangga dengan aku. Taknak lagi tengok diaorang kecewa dengan anak bongsu diaorang ni.

Untuk kawan-kawan aku, korang pon kena belajar sungguh-sungguh tau. Kita kecapi kejayaan bersama. Nanti dah besar aku nak tengok kerjaya korang yang bergaji besar. Insyaallah.. Aminnn..

Jeng jong kit! Tiba-tiba sesat pulak.

#Assalamualaikum! 

Ditaip oleh: SUGHAYA


Friday, 5 April 2013

K.A.M.I

Assalamualaikum!

OKey. Bagi sesiapa yang belum mengenali kami, anda janganlah membuat gosip yang liar lagi tidak bertamadun. Berdosa kalau bersangka buruk terhadap orang lain tanpa mengenalinya terlebih dahulu.

 Dalam bahasa arabnya ialah... em em.. Lupa lah. Nanti kalau kita ingat,kita bagi tau eh?  HA!! ni dia>> Husnu Dzon.


Apa-apa pun uollss.. Janganlah main serkap jarang je. Kitaorang ni perangai gila2. Gamble gitu. Tapi perangai kitaorang takde lah teruk mana. Biasa-biasa saja meh~  Kitaorang ni kan banyak cakap kalau dah kenal. Korang boleh gelak sampai terguling-guling kalau korang join kitaorang. Lagi-lagi dengan sahabat saya yang bernama Azira dan Shazwani. Aku ni pulak jenis yang berani lah cakap-cakap. Kalau ada present je nak suruh aku. Hemm Nasib lah.. Amira pon takde kurangnya. Dia pon banyak cakap jugak. 

Senang cerita kitaorang ni memang banyak cakap and buat lawak. So, korang kena lah kenal kitaorang dulu. Baru lah boleh judge.


Ditaip oleh: SUGHAYA

Live My Life !

Holla & assalamualaikum guys :)
 Gerangan yang tengah update sekarang ni nama dia Shazwani Shamsir and familiar dengan nama Wanie ^^  (Batak macam orang nak tau je -..-') Muehehe
Hmm , mehh aku letak picture aku yang tak seberapa lawa tu . (^_^)




So , rasanya yang akan rajin menjenguk blog ni Aku & Ainin je kot -..- Thehehe :)
That's all for today (:
Byebye !
xoxo Wanie :*





TEttttt..

Holla. Assalamualaikum!
Haih.. sebenarnya tak tau la nak post apa kat sini. Diaorang, kawan baik yang sangat ku sayang yang suruh aku buat blog ni. Kesian aku kan~ Jadi mangsa tak berperike'mahluk'kan diaorang.

"Eh, Ainin. Nanti kau buat lah blog. Ada lah kenangan sikit bila semua orang dah buat haluan sendiri. Kau kan reti buat blog. Kitaorang tak reti lah."

Itu lah kata-kata yang membuatkan aku buat muka sebel kata orang Jawa -_____-. Memang aku je lah kena buat kalau bab2 macam ni. Cuba lah belajar sikit buat blog. Huh! 

Apa-apa pun aku tak kisah la. Aku pon suka buat blog. Terima kasihlah wahai kawan sebab bagi idea yang beras.Eh, tersilap. Bernas, okey! Huk huk! *Batuk pulak

Sebenarnya idea diaorang tu bermula dari buku diari aku yang diaorang mengintai setiap kali aku tulis something kat dalam tu. Aku rasa bukan diari dah. Dah jadi apa ek? Takde idea pulak nak menulis. Hemm.. menaip kot~

Okey. Itu je yang nak saya sampaikan pada hari ini. Harap anda semua dapat mengambil iktibar dari kisah ini. *Ayat perhimpunan

#ASSALAMUALAIKUM..

Ditaip oleh: SUGHAYA