Assalamualaikum!
Ehem ehem memang aku rasa aku sorang je yang akan tulis kat blog ni
Kawan aku semua mungkin busy or zaman sekarang kan dah berubah. Apa main kan tulis-tulis kat blog ni.
Sekarang ni ramai golongan tak kira lah kanak-kanak ke remaja ke dewasa ke orang tua ke semua sibuk 'bekerja' dengan gadget yang semakin canggih & popular sekarang ni. Tapi hanya aktiviti mata sahaja. Pergerakan tangan tu ada sikit la.
Ni akan menyebabkan ramai yang akan mengalami pelbagai penyakit. Nak berdiri pun malas apatahlagi nak keluar berjoging. Disebabkan kecanggihan teknologi ni lah ramai yang mengabaikan cara hidup yang sihat.
Nak cantik je beli produk kat luar sana. Nak putih je beli produk yang cepat berkesan tanpa mengetahui bahan-bahan dalam tu. Kecantikan dalaman kita tak tahu. Mana tau bahan yang kita tak ketahui tu akan menyebabkan kerosakan dalaman? Nak kurus je beli pil-pil yang dijual murah & yang seminggu terus kurus. Tak rasa semua ni berbahaya?
Oleh itu, aku nak syorkan korang semua supaya cuba cara yang natural walaupun ia mengambil masa yang agak lama.
- PENGAMBILAN MAKANAN
Oraite! Makan siapa yang tak suka kan? Aku sendiri pun suka gila makan macam hobi yang pertama. Tapi korang kena tau kalau nak sangat kurus & cantik, korang jangan lah makan sebarangan makanan.
Macam makanan berminyak. Makanan macam tu memang tak elok untuk dimakan selalu. Sebab apa? Korang mesti tau kan. Minyak tu ada banyak kandungan lemak kecuali kalau guna minyak zaitun.Makanan berminyak pun akan menyebabkan kemunculan jerawat yang amat menakutkan bagi sesetengah remaja perempuan. Macam kat piramid makanan tu. Korang kena lah makan ikut aturan tu.
Banyakkan makan makanan yang berserat seperti bijirin yang banyak dijual di pasar raya. Tak susah kan nak cari? Lepastu korang kena kurangkan makan nasi yang ada kanji & sentiasa makan buah-buahan, sayur-sayuran dengan membuat salad sebagai pengganti nasi.
Bagi sesiapa yang suka minum minuman berkabonat diharapkan menyingkirkannya dengan segera. Minuman macam ni memang sangat berbahaya & akan menimbulkan banyak penyakit seperti kencing manis. Bagi sesiapa yang susah nak berhenti minum tu, korang boleh menggantikannya dengan berlatih minum air detox yang memang berkhasiat, dari bahan-bahan semulajadi, tiada penambahan sebarang pewarna ataupun perasa. Haaaa.. Jangan lupa pulak minum air masak okey? Minum banyak-banyak biar jadi ikan buntal. Hahahahahahaha
- AKTIVITI
Okey sekarang ni kan ramai yang malas nak keluar rumah sebab seronok sangat bila 'dihasut' dengan aktiviti dalam rumah seperti melayari internet. Kalau susah sangat nak tinggalkan aktiviti macam tu, apa kata korang workout kat dalam rumah? Sambil-sambil melayari internet, korang buat la tekan tubi ke apa. Nak tau lebih lanjut layari http://www.mensfitness.com/training/workout-routines/8-at-home-workouts-to-lose-weight-and-build-muscle/slide/3
Yang rajin nak pergi keluar tu, pergi la joging daripada keluar shopping buat keluar duit je. Joging ni boleh keluarkan peluh. Mana korang nak? Keluar duit ke keluar peluh? Haaaa
Joging la sekurang-kurangnya seminggu sekali masa weekend ke kalau busy sangat. Banyak tau kebaikan kalau berjoging ni. Kandungan kalori dalam badan tu boleh 'dijahanamkan' kalau kerap joging lah. Jangan buat setahun sekali pulak. Memang tak berkesan lah.
- TOPENG MUKA
Topeng muka? Hahaha. Mask okey mask. Mask untuk apa? Untuk korang yang nak cantik sangat nak gebu nak flawless bagai. Seeloknya, korang buat la masker sendiri tanpa bahan chemical yang akan merosakkan muka bagi sesiapa yang ada kulit sensitif. Senang je nak buat masker sendiri. Pilih je buah-buahan yang korang suka lepastu campurkan dengan madu & blend. Cuba pakai mask ni malam masa nak tidur ke tapi jangan biar terlalu lama sampai esok pagi. Hanya 15 minit sahaja lepastu terus bilas. Boleh jugak guna bahan lain asalkan yang semulajadi. Korang pergi lah search macam mana nak buat mask sendiri kalau nak lebih lanjut. Aku sekadar mengesyorkan sahaja daripada korang beli produk macam-macam.
- KEAZAMAN
Hemm.. Tanpa keazaman yang kuat pun tak boleh jadi kan? Azam tu penting dalam diri kita. Kalau takde, hancur musnahlah harapan korang nak kurus lah nak cantik lah.

Okey, ini untuk peringatan aku jugak supaya sentiasa mengamalkan cara hidup sihat. Baru je nak berjinak-jinak. Anda bila lagi? Hehehehe
Assalamualaikum!



