Assalamualaikum!
Kisah yang aku nak ceritakan ni berdasarkan novel yang dihasilkan oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin iaitu "Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul".
Kalau korang baca novel tu, seriously boleh merubahkan korang secara perlahan..
Aku pun agak terkesima masa baca tu. Selama ni aku tak tahu pun pasal perkara tu. Nampak sangat aku masih jahil dalam bab agama. Astaghfirullah...
Ini antara kisahnya..
#PROLOG 1
Buat adik-adik remaja yang baru mengenali cinta,
Ketahuilah, bingkisan ini ingin membenihkan sebuah impian padamu agar memelihara kesucian cinta yang kerap teruji di alam remaja, dengarilah pesanku, cintailah Allah, nescaya cinta pasangan soleh turut kau miliki.
"Kalau suka, jumpalah ibu bapa. Sayangnya, tiada yang berani, tanda tak bersedia. Kalau tak sedia, kenapa nak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah.. Aku berazam membangkitkan mereka daripada kelalaian fitrah wanita di akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan."
#PROLOG 2
Tiada Cinta Sebelum Kahwin
Tiada rahsia untukku terus gagah berdiri, menepis dugaan cinta lelaki, melainkan pada sebuah prinsip yang merantai diri.
Cinta yang bertandang di lubuk hati itu fitrah. Namun, apabila ia disusuli tindak-tanduk yang tidak Allah redhai, ia akan bertukar menjadi fitnah. Allah SWT memahami fitrah ini dengan mensyariatkan perkahwinan. Justeru, untuk apa aku menikmati cinta sebelum perkahwinan? Bimbamg ia akan jadi tawar dan hambar. Hilang barakah, hilanglah kemanisan. Aku menguatkan prinsip diri dengan sebuah hadis:
من عشق فكتم وعف فمات فهو شهيد
Maksudnya: "Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang syahid."
(Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami, dan lain-lain).
---------------------------------------------------------------------------------------------
Kebanyakan orang zaman sekarang fikir kalau dijodohkan itu kuno lah, takkan bahagia lah.. Tetapi itu adalah sebaliknya.
Seperti kisah yang diceritakan di dalam novel Fatimah Syarha yang bertajuk Seindah Mawar Berduri....
"Waktu di sekolah dulu, Allah banyak uji saya dengan lelaki. Mula-mula rasa tak suka tapi lama-kelamaan saya rasa seronok apabila diminati. Banyak surat cinta dan hadiah yang saya terima tanpa dipinta. Ada yang mengatakan inilah cinta kerana Allah.
Saya terhanyut dek arus dari segi pemikiran saya. Kata-kata indah dan pujian di dalam surat-surat itu menyebabkan saya terlentok. Memang lelaki pandai bermain kata. Waktu itu hidup saya penuh dengan angan-angan. Kadang-kadang syaitan membisikkan agar saya melayani surat-surat yang datang. Tapi Alhamdulillah , berkat didikan yang saya dapat secara sedar ataupun tidak di sekolah agama, saya rasa maludan bersalah untuk berbuat begitu biarpun waktu-waktu hidup say kian dibuai keasyikan.
Disebabkan itulah yang menjejaskan pelajaran saya. Saya tak dapat menumpukan perhatian sepenuh perhatian dalam kelas. Saya rasa lebih bersalah lagi apabila keputusan peperiksaan akhir tahun saya merosot.
Saban hari, dengan tazkirah dan usrah yang menjadi aktiviti wajib di sekolah,entah bagaimana saya rasa tertarik dengan ungkapan "Cinta Allah". Saya mula bertekad untuk mencari cinta agung itu."
--------------------------------------------------------------------------------------------
Ini kisah sama yang dialami oleh Qani'ah..
Melangkah ke alam universiti, beberapa orang bekas pelajar mulai mencuba demi menawan takhta hati ini. Namun di mataku, mereka hanya menjatuhkan maruah diri. Sebahagian pelajar-pelajar lelaki menjadikan diriku sebagai cabaran, mungkin dek sikapku yang sukar didekati lelaki.
Pensyarahku menasihati:
"Andai dirisik lagi, katakan saja dah ada pilihan. Lelaki takkan jemu berusaha selagi dia tahu seseorang itu belum berpunya. Ini semua untuk mengelak fitnah."
Pada suatu hari,
"Qani'ah, Abah tak pernah dengar pemuda cakap sopan macam ni. Asyik sebut nama Allah saja."
Pujukan ibuku sedikit sebanyak terkesan di hati. Dalam suasana yang hening sepi kulakukan solat Istikharah memohon petunjuk Ilahi. Mimpi baik menemani malamku. Tak kusangka. Keyakinan makin bertamu apabila dikhabarkan bahawa dia mengetahui tentangku dan keluargaku melalui orang perantaraan.
Caranya yang bijak merisik melalui orang perantaraan, iaitu seorang pensyarah yang kukagumi kesolehannya benar-benar menambat hati. Cara yang soleh dan mengikut sunah Nabi SAW.
Dia langsung tak menghubungiku untuk mendapat kerelaan walaupun dia memiliki nombor telefonku sebaliknya terus-terusan memenangi hati ibu bapaku. Caranya yang bijak ini membuatkan aku tidak mempunyai alasan langsung untuk meragui agamanya.
Semasa hari pertunangan, aku masih belum katahui siapakah bakal tunangku itu. Selepas jari ini disarungkan cincin, aku lantas masuk ke bilik dan kelibatku tidak lagi kelihatan. Sebaik sahaja rombongannya pulang, adik lelakiku memberitahu bakal suamiku itu kelihatannya seorang penyegan. Dia hanya menundukkan pandangan.
Sehingga lah saat pernikahan, saat dia mahu menyarungkn cincin ke jari ku, waktu itulah aku dapat melihat wajahnya dan juga suamiku yang sah itu baru mengenali diri ini.
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda:
تنكح المراة لمالها ولحسبها ولجمالها ولدينها فاظفر بذات الدين تربت يداك
Maksudnya: "Dinikahi wanita itu kerana empat perkara : Kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia menyenangkan kamu. "
---------------------------------------------------------------------------------------
Setelah itu. Qani'ah dan suaminya hidup bahagia dengan mengamalkan sunah Nabi SAW. Kemanisan dan keberkatan perkahwinannya lebih terasa. Alhamdulillah.... :)
#Assalamualaikum!
Ditaip oleh: SUGHAYA





