Monday, 16 December 2013

Cinderella Story

Assalamualaikum!
Tiba-tiba tangan ni gatal nak search cerita dongeng. Hehehe..
Nampak sangat belum matang lagi. 
Okey, siapa adik-adik yang belum tidur lagi, bacalah cerita dongeng yang akan menyebabkan adik-adik semua tidur dengan nyenyak seperti dalam cerita drama. Hoho




Once upon a time there lived an unhappy young girl. Her mother was dead and her father had married a widow with two daughters. Her stepmother didn't like her one little bit. All her kind thoughts and loving touches were for her own daughters. Nothing was too good for them - dresses, shoes, delicious food, soft beds, and every home comfort.

But, for the poor unhappy girl, there was nothing at all. No dresses, only her stepsisters’ hand-me-downs. No lovely dishes, nothing but scraps. No rest and no comfort. She had to work hard all day. Only when evening came was she allowed to sit for a while by the fire, near the cinders. That’s why everybody called her Cinderella.



Cinderella used to spend long hours all alone talking to the cat. The cat said, . Miaow. , which really meant, . Cheer up! You have something neither of your stepsisters has and that is beauty.. It was quite true. Cinderella, even dressed in old rags, was a lovely girl. While her stepsisters, no matter how splendid and elegant their clothes, were still clumsy, lumpy and ugly and always would be.
One day, beautiful new dresses arrived at the house. A ball was to be held at the palace and the stepsisters were getting ready to go. Cinderella didn't even dare ask if she could go too. She knew very well what the answer would be: . You? You're staying at home to wash the dishes, scrub the floors and turn down the beds for your stepsisters. They will come home tired and very sleepy.. Cinderella sighed, . Oh dear, I'm so unhappy!. and the cat murmured . Miaow..
Suddenly something amazing happened. As Cinderella was sitting all alone, there was a burst of light and a fairy appeared. . Don't be alarmed, Cinderella,. said the fairy. . I know you would love to go to the ball. And so you shall!. . How can I, dressed in rags?. Cinderella replied. . The servants will turn me away!.

The fairy smiled. With a flick of her magic wand Cinderella found herself wearing the most beautiful dress she had ever seen. . Now for your coach,. said the fairy; "A real lady would never go to a ball on foot! Quick! Get me a pumpkin!. . Oh of course,. said Cinderella, rushing away. Then the fairy turned to the cat. . You, bring me seven mice, and, remember they must be alive!.


Cinderella soon returned with the pumpkin and the cat with seven mice he had caught in the cellar. With a flick of the magic wand the pumpkin turned into a sparkling coach and the mice became six white horses, while the seventh mouse turned into a coachman in a smart uniform and carrying a whip. Cinderella could hardly believe her eyes.


Cinderella had a wonderful time at the ball until she heard the first stroke of midnight! She remembered what the fairy had said, and without a word of goodbye she slipped from the Prince. s arms and ran down the steps. As she ran she lost one of her slippers, but not for a moment did she dream of stopping to pick it up! If the last stroke of midnight were to sound... oh... what a disaster that would be! Out she fled and vanished into the night.

The Prince, who was now madly in love with her, picked up the slipper and said to his ministers, “Go and search everywhere for the girl whose foot this slipper fits. I will never be content until I find her!”
So the ministers tried the slipper on the foot of every girl in the land until only Cinderella was left.That awful untidy girl simply cannot have been at the ball,. snapped the stepmother. . Tell the Prince he ought to marry one of my two daughters! Can't you see how ugly Cinderella is?. But, to everyone. samazement, the shoe fitted perfectly. 

Suddenly the fairy appeared and waved her magic wand. In a flash, Cinderella appeared in a splendid dress, shining with youth and beauty. Her stepmother and stepsisters gaped at her in amazement, and the ministers said, "Come with us Cinderella! The Prince is waiting for you." So Cinderella married the Prince and lived happily ever. 

Ditaip oleh: SUGHAYA

Friday, 13 December 2013

JOM MASAK!!!

Assalamualaikum!
Cuti ni memang membosankan.
Nak baca buku, buku teks pun belum dapat. 
So, kerja aku asyik tutup bukak peti berharga buat aku (peti sejuk).

Ni nak habaq kat koghang semua ni, maii lah kita belajar masak. Seghonok tau kalau sesekali masak, walaupun masak teloq hanguihhh..

Haghi ni ceqq nak kongsi lah ghesepi ala baghat. Macam ni lah geneghasi sekaghang. Dok ja kat Malaysia, tapi langsung taknak makan makanan Melayu. Uhuk-uhuk. Sakit tekak ceqq ni asyik dok cakap Peghak ja. Perak ke Kedah?? Hemm.. Mana-mana pon boleh la. Okey, maii la kita tengok ghesepi ni.

Resepi ni saya kongsikan daripada:  http://www.wetot.la/2013/04/resepi-pizza.html


BAHAN-BAHANNYA
DOH ROTI

1 peket yis (dibancuh dengan air suam 1/2 cawan) pastikan bukan air panas.. tak kembang yis tu..
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1/2 cawan minyak
2 sudu besar butter
500 gram tepung (diayak 2 kali sekurang2nya...)
inti
1/2 tin tomato puree atau spegeti mix kimball atau prego 
1 lada benggala (dipotong dadu atau panjang)
2 biji tomato (didadukan atau di hiris)
1 biji bawang besar (didadukan atau di hiris)
1 preket sosej ayam atau daging (dihiris panjang)
1 tin cendawan butang (dihiris tebal)
1 peket cis mozzarella (yang dah di parut)

CARA-CARANYA

yis yang telah di bancuh dengan air dimasukkan gula dan garam.. kacau sehingga sebati...
 yis akan naik bau dan berbuih2...
masukkan tepung ke dalam mixing bowl dan tuangkan yis tadi..

pastikan kepala mixer jenis yang nie yer.. 
switch on dan biarkan die berjalan sambil masukkan bahan - bahan...

tambahkan lagi 1/2 cawan air lagi...  dan 1 cawan minyak...
biarkan bercampur dalam seminit.. lepas tu masukkan 2 sudu besar butter...


biarkan doh di kacau di dalam mixing bowl.. dari ketulan2 kecil nanti die akan terbentuk menjadi ketulan besar.. 
masa diambil lebih kurang 1/2 jam untuk doh terbentuk menjadi padat...

sementara tu dah bole start siapkan inti nyer.. 
INTI

Hiris atau dadukan bahan-bahan inti itu


berbalik pada doh pizza tu.. bile dah terbentuk satu doh yang besar.. 
amik kain dan basahkan. keluarkan mixing bowl tu dari tempat menguli tadi dan tekup bowl tu dengan kain yang lembab itu..
sebelum tekup tu renjis dengan minyak yea
 (tip dari mama saya, sebab katanya tindakbalas minyak dan doh akan mempercepatkan proses doh mengembang)
dalam 20 minit check semula doh samada dah mengembang.. 
selalunya dah jadi sekali ganda besarnya.. 
time nie tumbuk doh tu untuk kuarkan angin dan biarkan semula selama 1/2 jam.. 
dan ulang proses yang sama.. (kata mama supaya doh menjadi lembut dan gebu)


bile dah bebetul kembang.. kuarkan dan 'tuck-in' kan doh tu.. tekan dengan ibu jari ke dalam supaya die jadi padat..
lepas tu boleh pecahkan kepada dua atau empat (ikut saiz tray anda) dan ratakan..


tuangkan sos keatas doh yang sudah dileperkan tu dan ratakan kesemua sos, boleh guna sudu...
masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 230'c lebih kurang 10 minit...
ini bagi memcepatkan proses doh tu masak.. kire 1/2 masak yea.. 
tujuannya kerana kalau kita letak sekaligus, dan intinyer mmg cepat masak.. untuk masakkan doh sekali inti boleh hangit...


bila dah keluarkan semula... renjis olive oil atas sos tadi tu.. 
dan skang dah bole mula menyusun intinyer.. 
letak la camner pun.. nak buat pattern Chevron pun boleh . yang penting sarat dengan inti.. 
(biasalah home-made kan, maka kene kaw kaw inti tu)..
dan last sekali taburkan mozzarela...


masukkan semula pizza dalam oven dan masakkan pada suhu 230'c atau max.. selama 10 minit.. atau sehingga cheese dan nampak masak.. (warna keemasan)

dah siap boleh keluarkan dan serve panas panas.. tapi jangan makan panas panas.. 
selamat mencuba yea...

JENG JENG JENG

  
Hemm.. Tiba-tiba je kan? ahahaa.. Masa ni aku tengah tengok Anna Khayalan punya intagram then aku ternampak lah Aizat Abd punya insta. Aku tak pernah tengok sebenarnya Aizat Abd ni, walaupun ramai yang dok heboh pasal dia ni sebab aku malas nak layan.

Sedang dok tengok-tengok gambar dia, tiba-tiba aku melakonkan watak sebagai pelakon yang selalu bercakap dalam hati nuh. "Emm.. Kenapa muka dia ni macam seseekor ni? Umie pulak kata muka dia macam Cicak Kobeng Cap Orang Tua tu. Haih.. Jauh panggang dari api. Kalau gaya dia tu adalah aku percaya sikit."

Lama aku dok pikiaqq siapa muka iras dengan dia. Aku pon memetik jari dan keluarlah mentol yang menyala. HAAAAAAAAAAA!!! Yeah.. Aeril Zafrel. Ada lah sikit bila tengok muka dia dekat-dekat.
Ini buktinya. Ada sorang peminat tulis.



 Ditaip oleh: SUGHAYA

HIDAYAH: DICARI ATAU DINANTI??

Assalamualaikum!


Ketika aku sedang membelek-belek majalah, aku tertarik dengan satu artikel yang sangat menyentuh sanubariku. Ya Allah.. Sesungguhnya aku belum mencapai ketaqwaan Mu. Banyak lagi perkara yang perlu aku perbaiki.


SUMBER: MAJALAH i

OLEH: PROF MADYA MOHD NOR MAMAT
 
*Gambar sebagai hiasan




Penghijrahan artis tempatan dengan imej yang lebih islamik telah menjadi satu fenomena. Tampil dengan imej yang lebih sopan, menutup aurat, serta sering melibatkan diri dengan program-program ilmu yang bermanfaat.


Realitinya, tidak mudah untuk keluar daripada kebiasaan biasa. Banyak halangan dan dugaan yang terpaksa ditempuh dan diharungi. Namu, ia bukanlah suatu yang mustahil untuk dilaksanakan, jika berpaksikan niat dan azam , yang sukar itu akan menjadi mudah.

Sebenarnya kalau diimbas dari dulu, ini bukanlah perkara baru kerana ramai figura seni yang terlebih dahulu berhijrah daripada dunia glamor ke pentas dakwah.

Penghijrahan golongan artis selebriti ini dikatakan mudah menarik perhatian dan mendapat tempat di kalangan masyarakat. Seolah-olah industry seni ini memenangi banyak perhatian, masa dan minat masyarakat berbanding industri lain.


Dalam hal ini, timbul juga hal skeptisme dalam masyarakat, apabila golongan professional dan bijak pandai turut menjadi figura penting dalam mencanangkan keraguan, kekeliruan dan ketidakpercayaan mereka terhadap penghijrahan mereka. Sebahagiannya pula seolah-olah memandang rendah usaha golongan artis ini untuk turut sama menyumbang  kepada usaha dakwah dalam masyarakat.

Lebih menyedihkan,usaha  mereka dilihat sebagai lakonan, meraih publisiti malah ada yang mengandaikan golongan ini sengaja mencari peluang untuk mendapatkan peluang-peluang ‘job-job’ baru dengan bayaran yang lumayan.


Saya lihat kerenah segelintir masyarakat kita sama sekali tidak menguntungkan perkembangan Islam. Ini juga amat bertentangan dengan metode dakwah Rasulullah SAW apabila perkara baik yang berlaku,  baginda akan segera menyebut dan memberikan penghargaan, sebaliknya apabila perkara jahat dilakukan, baginda tidak menegurnya secara terang-terangan atau dengan cara memalukan di hadapan orang ramai.

Fenomena artis berhijrah adalah sesuatu yang sangat mengujakan saya. Ini kerana mereka mempunyai pengikut yang ramai, tambahan pula golongan peminat mereka merupakan populasi penting dan terbesar iaitu remaja. Kalaulah boleh kita membuat andaian berdasarkan pepatah ‘pemuda harapan bangsa dan pemudi tiang Negara,’ artis berhijrah ini dilihat mampu untuk membantu Negara dan umat amnya, untuk turut sama menentukan masa depan bangsa dan keutuhan Negara. Suatu aspek penting dalam isu ini ialah penguasaan perhatian yang dimiliki oleh mereka. Jika benar boleh dipergunakan ke arah kebaikan umat, saya fikir inilah ruang dakwah yang efektif.


Timbul soal, apakah artis ini dipergunakan untuk menyampaikan dakwah kepada golongan peminat mereka? Pada saya, selagi kita dipergunakan untuk kebaikan masyarakat dan orang ramai, bererti kita masih berguna. Bagi mereka yang tidak dipergunakan oleh masyarakat barangkali kewujudan kita ketika itu tidak berguna! Meskipun jawapan ironis ini bukanlah berbentuk ilmiah, tetapi ada benarnya untuk difikirkan bersama. Gunakan segala ruang dan peluang yang ada untuk memastikan dakwah tersebar dan pastikan masyarakat dibangunkan dengan nila-nila kebaikan. Gandingan sinergi selebriti yang memiliki peminat dan pengikutbersama dengan golongan ilmuwan yang memiliki pengisian untuk disampaikan kepada ahli masyarakat adalah sangat tepat. Perkongsian pengalaman dan dan motivasi mereka berhijrah mampu memberi  impak dan memberi ruang pengikut mereka untuk turut menyertai penghijrahan serupa.

Baru-baru ini dalam salah satu siri forum Bicara Cinta Anak Muda, saya diajukan persoalan yang sangat menarik iaitu tentang hidayah, dicari atau dinanti? Istilah ‘belum sampai seru’, ‘semoga Allah memberi hidayah kepada saya’, ‘hidayah ni hak milik Allah’  dan sebagainya sering berlegar dalam masyarakat kita. Apatah lagi fenomena hijrah sebilangan artis pada hari ni memberi suatu impak besar kepada perhatian masyarakat umum. Persoalannya ialah, cukupkah hidayah itu dengan semata-mata berdoa, atau menanti sesuatu petunjuk magik daripada Allah, atau mengharapkan hati berdetik kuat untuk berhijrah, atau bagaimana?  Kita dikongsi pengalaman hidayah, berupa gambaran mimpi dimasukkan ke dalam api neraka, ditemukan dengan seseorang yang memiliki karamah, petanda ganjil ketika sujud malah juga terdapat pengalaman berdepan pengalaman sakaratul maut yang menginsafkan. Tidak dinafikan, petunjuk ini adalah daripada Allah untuk hambaNya yang dikasihi dan terpilih.


Namun, berbalik kepada persoalan awal kita iaitu, apakah kita mengharapkan ahli masyarakat kita semata-mata menanti sampainya waktu melalui pengalaman magik, ajaib dan hidayah spontan seperti berlaku kepada artis pujaan mereka?


Andainya berterusan masyarakat digembur-gemburkan dengan peristiwa-peristiwa magik dan perubahan drastik figura pujaan mereka, kita juga bimbang lama kelamaan persoalan hidayah difahami secara silap oleh umat Islam. Sepertimana ramai di kalangan kita yang bercakap tentang petanda-petanda Lailatul Qadar di bulan Ramadhan, dinanti bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba namun akhirnya Ramadhan berlalu tanpa kita temui peristiwa-peristiwa ganjil yang digembur-gemburkan. Seharusnya, kita melipatgandakan usaha dengan melaksanakan saranan pengisian untuk mendapatkan malam tersebut. Usaha pencariannya digariskan oleh Allah dan RasulNya, tetapi tumpuan kita lebih berfokus kepada petanda-petanda magik yang dinanti.




Kerana itu, usaha mencari dan memohon hidayah daripada Allah mestilah diseimbangkan dengan usaha merebut segera andainya hidayah ditemukan kepada kita pada bila-bila masa. Sekiranya ada usaha mencari, laluan untuk melihat tanda-tanda hidayah yang menyedarkan serta menginsafkan kita akan terbuka. Untuk mancari hidayah, ia mestilah bermula dengan memantapkan ilmu asas agama. Terdapat banyak kotasi yang menjelaskan pentingnya ilmu dalam menentukan jalan iman seseorang, antaranya ‘seawal-awal agama adalah ilmu mengenali Allah’, ‘sekiranya untuk berjaya di dunia hendaklah dengan ilmu, sekiranya untuk berjaya di akhirat hendaklah dengan ilmu dan sekiranya untuk berjaya di dunia dan akhirat hendaklah dengan ilmu’, malahan banyak ayat dan hadis membayangkan hanya ilmu yang mengesahkan ketaqwaan seseorang, martabat orang beilmu adalah sangat tinggi di sisi Allah dan sebagainya. Bermakna untuk menemui hidayah, tidak ada istilah menanti, menunggu seru dan mengharap semata-mata. Ia perlu diusahakan, dengan iltizam dan istiqamah berpaksikan kepada ilmu yang benar. Jangan kita termasuk golongan yang memperlekeh ilmu agama, kerana hdayah pastinya akan menjauh!

Isu kedua, penghijrahan yang berlau secara tiba-tiba, pasti memerlukan pengisian jiwa dengan ilmu yang mantap. Keinsafan boleh berlaku dan boleh menghilang. Penghijrahan boleh berlaku dam masa beberapa derik, tetapi untuk mengekalkan hijrah memerlukan sokongan dan kekuatan ilmu yang perlu dimantapkan  daripada masa ke semasa. Ini bermakna , bertemu hidayah, berhijrah dan meninggalkan dunia lama belum mampu melonjakkan kita ke  tahap bertaqwa. Ia mesti disusuli  dengan kefahaman yang jelas dengan ilmu yang tepat. Dan sudah tentu kaedah dakwah yang lebih autentik seperti masjid, sekolah, universiti dan sebagainya hendaklah dijadikan sandaran dan rujukan. Setelah hidayah menghijrahkan penampilan dan minat kita kea rah yang lebih baik, pengisian dunia baru yang kita berhijrah perlu dilaksanakan. Ilmu menjadi asas yang sangat penting!

Di sini, usaha beberapa pihak yang menyambut baik penghijrahan mereka yang diberikan hidayah Allah untuk berhijrah kepada perkara makruf dan meninggalkan perkara mungkar ini sewajarnya diberi pujian dan sokongan. Majalah I contohnya , yang menganjurkan program perkongsian mereka yang diberi  hidayah dan kekuatan untuk berhijrah ini, dengan gandingan golongan ilmuan untuk berkongsi panduan pada sudut ilmiah. Kelompok Usrah Fitrah yang diwujudkan atas inisiatif golongan ilmuan yang dekat dengan artis-artis berhijrah juga menjadi suatu pendekatan yang mampu memantapkan lagi penghijrahan mereka.


Hidayah yang diterima diiringi dengan ilmu yang memberi kefahaman jelas tentang jalan hidayah yang dilalui akan memperkukuhkan hati kita untuk terus bergerak di atas platform yang barangkali amat berbeza dengan masa lalu sebelum berhijrah. Ilmuwan seharusnya berkongsi ilmu secara ikhlas dengan sesiapa sahaja yang berhasrat ataupun melakukan perkara kebaikan, tanpa prejudis  dan pandangan rendah kepada sejarah masa lalu. Sesungguhnya siapa pun kita, kita semua mempunyai kekuatan untuk disinergi dan kelemahan untuk diketepi. Sama-sama gandakan usaha mencari dan mendapatkan hidayah Ilahi, berkongsi pengalaman hidayah untuk menjadi motivasi diri dan berkongsi ilmu untuk sama-sama mengharapkan hidayah dan ilmu dapat sinergi.

Ditaip oleh: SUGHAYA

Friday, 25 October 2013

Bengang !


     
Definisi “Bengang” ialah apabila seseorang melakukan sesuatu yg mengakibatkan anda mengatakan Bangang kepadanya. Apabila anda Bengang, anda akan berasa ingin terbalikkan semua benda yg berada di sekeliling anda termasuklah nenek tua yg dah nak menuju ke “batu dua”. Petua untuk menghilangkan rasa Bengang ialah dengan membuatkan sahabat anda bengang dgn anda dgn  mengatakan Bangang kepadanya. Apabila dia dah berasa Bengang maka mulalah mulutnya mengatakan Bangang kepada anda. Anda pun mula bengang dgn sebengang-bengangnya dan menyebut perkataan Bangang kepadanya. Begitulah seterusnya sehingga berkurun lamanya.
P/s : “batu dua” refers to grave or kubur. Itu kira bahasa lembutlah kan.
     Aku tau lepas korang baca intro tadi rasa macam nak hempuk je kepala aku dgn kulit durian kan ? Hmm, hempuk lah. Ada aku kesah ? Hahahaha *evil laugh. Aku saje nak buat orang bengang bila baca blog yg selalu bersawang ni. That’s why tajuknya pun “Bengang”.
     Actually, semenjak dua menjak tiga menjak empat menjak lima menjak ( Deyy, berapa banyak menjak daa -__-) ni aku asyik rasa bengang je. Ada je manusia yg tak berhati perut sengaja nak menaikkan darah aku. Kalau aku kena penyakit darah tinggi mcmana ? Arwah moyang aku jugak yg susah. Ok takde kena mengena Wanie. Sometimes, rasa macam diorang ni berpakat pulak nak menyakitkan hati aku. Dengki dengan hidup aku ke apa diorang ni ? Menyampah ok.
     Ada banyak benda yg boleh buat aku rasa nak telan kulit durian walaupun aku ni pembenci tegar Encik Durian a.k.a Raja Buah tu. Antaranya :-

1) Busy body 

  Dalam banyak banyak orang yg korang kenal, mesti ada yg perangai suka menyibuk hal orang kan. Omputih kata busybody gitu. Diorang ni kalau dengar gosip nombor 1. Kalau gosip yg diorang dengar tu betul takpe lah jugak. Kenkadang tu gosip tu takde kena mengena pun dgn kita. Pandai pulak diorang ni putar belit cerita. Tu namanya menfitnah ye wahai sahabat sekalian. Bila dah mula bergosip dan menyebarkan fitnah tu ada jelah yg pandang serong kat kita bila diorang percaya gosip tu. Kenkadang sampai memutuskan perhubungan seseorang. Hmmm, aku harap siapa yg suka buat kerja-kerja bodoh mcm ni bertaubatlah sebelum terlambat. Kita tak tau bila kematian kita. Entah-entah tengah syok online twitter or facebook then ternampak crush kita sweet sweet dgn perempuan/lelaki lain kita terkejut, sakit jantung, terus innalillah... Manalah tau kan. So, stop lah jadi penyibuk bak kata pepatah Melayu, “Menyibuk dengan seluar orang lain, seluar sendiri koyak pun tak sedar”. Pepandai kau je kan Wanie nak merosakkan peribahasa. Kalau cikgu BM kesayangan aku baca aku confirm kena buang sekolah. Kau kalau cerita nak gempak je kan. Bak kata pepatah omputih pulak "Heyy, get a life lah ! Mind your own bussiness !" Haa, gitu.

2) Pencuri
     Actually, pencuri yg aku maksudkan ni bukan pencuri yg rompak bank atau peragut tu. Pencuri yg aku maksudkan ni orang yg suka guna barang orang tapi tak mintak izin tuan punya barang dulu. Konon-kononnya pinjamlah kan... Pinjam pale otak kau ! Haa, kan aku dah emo. Orang macam ni memang tak pernah gagal buat aku bengang. Yelah, suka hati mak bapak mertua belah suami sepupu sepapat jiran belakang rumah dia je nak guna barang kita. Kalau setakat pinjam takpe. Tapi kalau dia tak pulangkan balik ataupun rosak barang tu siapa nak tanggung ? Arwah moyang kepada moyang mak mertua kau ? Memang tak lah kan dia nak bangun dari kubur semata-mata nak ganti balik barang kita yg rosak tu. Kalau dia ambik makanan kita tanpa izin pulak mcmana ? Nak suruh si pencuri ni muntahkan balik apa yg dia makan tu ? Weh, bagi kat oink oink (khinzir) pun dia taknak makan tau. Orang mcm ni kalau aku ada kuasa setaraf perdana menteri, dah lama aku rendam muka dia dalam kuah tomyam dgn mata terbukak. Baru padan dgn muka dia yg mcm mintak penampar tu.


3) Penipu
     Rasanya semua manusia dalam dunia zaman sekarang ni pernah menipu betul tak ? Contoh terdekat : " Weh, kau suka kat mamat tu kan ? Aku selalu nampak kau usha dia." tanya si A kepada si B. "Eh, mana ada ! Aku suka pandang dia sebab muka dia tu ada iras muka arwah nenek aku. Untuk hilangkan rindu aku pandanglah dia.." dengan yakin si B menjawab padahal dalam hati dah menggelabah mcmana member dia dapat detect perasaan dia pada mamat tu. Hmm... Memanglah kenkadang tu kita terpaksa menipu untuk mendamaikan orang yg tengah bergaduh ataupun menggembirakan orang yg sedang bersedih. Tapi manusia sekarang ni suka menipu untuk menutup kesalahan diri sendiri. Bagi aku, aku lagi suka orang yg berterus terang walaupun dalam hal tu memang terang-terang dia tu bersalah. Tapi, bila orang dah menipu untuk tutup kesalahan then lama-lama dia dah terkantoi dgn aku yg dia tu menipu, aku rasa macam nak sumbat dia dalam bonggol unta. Biar dia duduk diam dalam tu so dia tak boleh nak menipu orang lain pulak. Aku pun bukannya baik sangat. Kenkadang termenipu jugak. Tapi aku mintak maaf balik dekat orang tu. Macam-macam perangai manusia zaman sekarang ni...

     Pn. Mama dan En. Daddy ada pesan, kalau kita tak suka orang buat sesuatu dekat kita, kita jangan buat benda tu kat orang lain. So, perbaiki diri setiap hari supaya esok menjadi hari yg lebih baik dari hari ni. Today is better than yesterday. Tomorrow is better than today.

That's all for today. Assalamualaikum, Byebye :)
Lot's of love, WanieSykes :* xoxo

Friday, 13 September 2013

♡ We ♡

Assalamualaikum! Ahlan Wasahlan!

Hari ni saya selaku ejen pencari jodoh ingin mem'promote' gadis-gadis untuk para jejaka di luar sana yang masih belum mempunyai calon isteri.

Taraaaaa!!!!


HAHAHAHAAHAHA!!!!!

Itu semua propa semata-mata. Tu yang gelak macam Kiah Propa. 
Korang jangan lah percaya pulak dengan statement yang mula-mula tu. Gurauan sahaja.

Actually, tu gambar kitaorang masa Perkampungan Ilmu untuk kali ke-3. Hemmmm.. Buat julung kalinya Perkampungan Ilmu untuk SMA dilaksanakan sebanyak 3 kali. 

Kerana apa anak-anak semua?
Kerana tahun lepas tiada seorang pun yang berjaya merentap piala....
Eh. Eh. Terpesong pulak.
Kerana tahun lepas tiada seorang pun yang mendapat Mumtaz.

Stress wei!
Budak luar pulak wajib duduk asrama. Katanya~
31 Ogos pulak tu wei! Semua cuti.
InsyaAllah lah.. Dengan pengorbanan kitaorang ni, bolehlah mencipta sejarah kat sekolah tu untuk mencapai MUMTAZ dalam SMA.

Tapi kalau aku??
Rasanya jauh ketinggalan 'beca' untuk dapat MUMTAZ.

Tetapi aku akan berusaha sebaik mungkin dan sama-sama mengecapi kejayaan bersama kawan-kawan.
Wuuu~~

Sekian sahaja bebelan untuk hari ni. 
Assalamualaikum! :)

Ditaip oleh: SUGHAYA



Thursday, 12 September 2013

Then and Now

Hello ! Assalamualaikum people :)
Duduknya saya di hadapan lappy ini kerana ingin meng'update' blog yang telah sekian lama menyepi akibat admin nya yang sangat pemalas.
Dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan tawakal kepada Allah, saya telah menekan butang on pada lappy dan ...... Akhirnya ! Terhasillah nukilan saya yang merangut mengarut ni.
Ok. Dalam kepala korang sekarang ni mesti tengah fikir "Dia ni dah kenapa" "Salah makan ubat ke apa" "Harhar lawak hambar" " Gila kot dia ni"
Haish, sebenarnya dalam kepala otak ni takde idea pun nak update blog. Tapi disebabkan aku ni berkawan dgn mereka yg pemalas nak update blog so terpaksalah aku bersusah payah meredah lautan api untuk on lappy. "Usaha tiang kejayaan - motto ni yg aku guna supaya dpt mengikhlaskan diri. Ok takde kena mengena pun. Tak lawak Wanie. Tak lawak. *Tiang pun boleh ~
So, hari ni aku just nak share pasal satu tajuk (cehh dah macam berceramah pulak ) iaitu Nama Pada Zaman Dahulu & Zaman Sekarang. Actually masa tu aku tengah jawab exam. Bila aku tengah syok berangan teringat kat boyfriend (aku ada boyfriend ke ? ) tiba-tiba aku rasa macam nak bandingkan nama orang dulu dengan sekarang.



Kalau diperhatikan, nama orang dulu kontot kontot je. Contohnya, Rogayah bt Sood, Isnin bin Jumaat, Kerdil bin Kemetot. Simple je nama atok nenek kita dulu. Tak macam kita sekarang ni. Nama bukan main vogue lagi. Kalau lelaki - Ryan, Darwish, Rykarl. Kalau perempuan - Irish, Qistina, Batrisya. Dahlah vogue, panjang berjela-jela pulak tu nama. Macam kawan aku ni. Bukan main panjang nama dia - Sharifah Nur Amalina Nabihah bt Syed Badli Shah. Haa ! Hambik kau. Kesian bakal suami dia nanti tercungap-cungap tahap mintak CPR bila nak akad nikah. Hmmm
Kadang-kadang aku curious jugak. Kalau sekarang ni nama orang pun dah macam tu, 20 tahun lagi ada nama yg lagi unik tak ? Manalah tau ada parents yg letak nama anak dia sempena nama bunga ke. Haa , nanti nama dia jadilah Hibiscus bt Darwish. Tu okay lagi. Kalau Bunga Taik Ayam bt Ryan ke macam manaa -..-
So, that's all for today. Kalau aku punya merapu ni over maafkan ye dari hujung tudung sampai hujung kuku kaki.
xoxo :*
By : WanieSykes

Monday, 1 July 2013

Happy 16th Birthday Zyraa ❤

Assalamualaikum people :)

Today I wanna talk about my best friend , Zyraa . Last Saturday, we went to Tutti Frutti to celebrate her 16th birthday. We had an awesome day ! Bla bla bla .......... Ugh -.- Apesal dah macam essay English ni ? Kfine. Abaikan ~

Actually , aku nak upload gambar je sebab ada dua orang besties aku tak join kitorang celebrate hari tua Zyraa time tu. Kesian dia *usap kepala sikit


#HappyBirthdayZyraa ! Tua dah kau :)

p/s : Zyraa yg pakai baju merah. Wanie pakai shawl purple. Ainin pakai tudung putih
By : WanieSykes


Sunday, 23 June 2013

PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL

 Assalamualaikum!

Kisah yang aku nak ceritakan ni berdasarkan novel yang dihasilkan oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin iaitu "Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul".

Kalau korang baca novel tu, seriously boleh merubahkan korang secara perlahan.. 
Aku pun agak terkesima masa baca tu. Selama ni aku tak tahu pun pasal perkara tu. Nampak sangat aku masih jahil dalam bab agama. Astaghfirullah...

Ini antara kisahnya..  

#PROLOG 1

Buat adik-adik remaja yang baru mengenali cinta, 

Ketahuilah, bingkisan ini ingin membenihkan sebuah impian padamu agar memelihara kesucian cinta yang kerap teruji di alam remaja, dengarilah pesanku, cintailah Allah, nescaya cinta pasangan soleh turut kau miliki.



"Kalau suka, jumpalah ibu bapa. Sayangnya, tiada yang berani, tanda tak bersedia. Kalau tak sedia, kenapa nak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah.. Aku berazam membangkitkan mereka daripada kelalaian fitrah wanita di akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan."

 #PROLOG 2

Tiada Cinta Sebelum Kahwin
  
Tiada rahsia untukku terus gagah berdiri, menepis dugaan cinta lelaki, melainkan pada sebuah prinsip yang merantai diri.

Cinta yang bertandang di lubuk hati itu fitrah. Namun, apabila ia disusuli tindak-tanduk yang tidak Allah redhai, ia akan bertukar menjadi fitnah. Allah SWT memahami fitrah ini dengan mensyariatkan perkahwinan. Justeru, untuk apa aku menikmati cinta sebelum perkahwinan? Bimbamg ia akan jadi tawar  dan hambar. Hilang barakah, hilanglah kemanisan. Aku menguatkan prinsip diri dengan sebuah hadis:

من عشق فكتم وعف فمات فهو شهيد
Maksudnya: "Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka  dia adalah seorang syahid."
(Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami, dan lain-lain).

---------------------------------------------------------------------------------------------

Kebanyakan orang zaman sekarang fikir kalau dijodohkan itu kuno lah, takkan bahagia lah.. Tetapi itu adalah sebaliknya.
 Seperti kisah yang diceritakan di dalam novel Fatimah Syarha yang bertajuk Seindah Mawar Berduri....

"Waktu di sekolah dulu, Allah banyak uji saya dengan lelaki. Mula-mula rasa tak suka tapi lama-kelamaan saya rasa seronok apabila diminati. Banyak surat cinta dan hadiah yang saya terima tanpa dipinta. Ada yang mengatakan inilah cinta kerana Allah. 
Saya terhanyut dek arus dari segi pemikiran saya. Kata-kata indah dan pujian di dalam surat-surat itu menyebabkan saya terlentok. Memang lelaki pandai bermain kata. Waktu  itu hidup saya penuh dengan angan-angan. Kadang-kadang syaitan membisikkan agar saya melayani surat-surat yang datang. Tapi Alhamdulillah , berkat didikan yang saya dapat secara sedar ataupun tidak di sekolah agama, saya rasa maludan bersalah untuk berbuat begitu biarpun waktu-waktu hidup say kian dibuai keasyikan.

Disebabkan itulah yang menjejaskan pelajaran saya. Saya tak dapat menumpukan perhatian sepenuh perhatian dalam kelas. Saya rasa lebih bersalah lagi apabila keputusan peperiksaan akhir tahun saya merosot.

Saban hari, dengan tazkirah dan usrah yang menjadi aktiviti wajib di sekolah,entah bagaimana saya rasa tertarik dengan ungkapan "Cinta Allah". Saya mula bertekad untuk mencari cinta agung itu."


 --------------------------------------------------------------------------------------------

Ini kisah sama yang dialami oleh Qani'ah..
Melangkah ke alam universiti, beberapa orang bekas pelajar mulai mencuba demi menawan takhta hati ini. Namun di mataku, mereka hanya menjatuhkan maruah diri. Sebahagian pelajar-pelajar lelaki menjadikan diriku sebagai cabaran, mungkin dek sikapku yang sukar didekati lelaki.

Pensyarahku menasihati:
"Andai dirisik lagi, katakan saja dah ada pilihan. Lelaki takkan jemu berusaha selagi dia tahu seseorang itu belum berpunya. Ini semua untuk mengelak fitnah."

Pada suatu hari,
"Qani'ah, Abah tak pernah dengar pemuda cakap sopan macam ni. Asyik sebut nama Allah saja."

Pujukan ibuku sedikit sebanyak terkesan di hati. Dalam suasana yang hening sepi kulakukan solat Istikharah memohon petunjuk Ilahi. Mimpi baik menemani malamku. Tak kusangka. Keyakinan makin bertamu apabila dikhabarkan bahawa dia mengetahui tentangku dan keluargaku melalui orang perantaraan.

Caranya yang bijak merisik melalui orang perantaraan, iaitu seorang pensyarah yang kukagumi kesolehannya benar-benar menambat hati. Cara yang soleh dan mengikut sunah Nabi SAW.

Dia langsung tak menghubungiku untuk mendapat kerelaan walaupun dia memiliki nombor telefonku sebaliknya terus-terusan memenangi hati ibu bapaku. Caranya yang bijak ini membuatkan aku tidak mempunyai alasan langsung untuk meragui agamanya.

Semasa hari pertunangan, aku masih belum katahui siapakah bakal tunangku itu. Selepas jari ini disarungkan cincin, aku lantas masuk ke bilik dan kelibatku tidak lagi kelihatan. Sebaik sahaja rombongannya pulang, adik lelakiku  memberitahu bakal suamiku itu kelihatannya seorang penyegan. Dia hanya menundukkan pandangan.

Sehingga lah saat pernikahan, saat dia mahu menyarungkn cincin ke jari ku, waktu itulah aku dapat melihat wajahnya dan juga suamiku yang sah itu baru mengenali diri ini.




Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda: 
 
تنكح المراة لمالها ولحسبها ولجمالها ولدينها فاظفر بذات الدين تربت يداك

Maksudnya: "Dinikahi wanita itu kerana empat perkara : Kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia menyenangkan kamu. "
---------------------------------------------------------------------------------------
Setelah itu. Qani'ah dan suaminya hidup bahagia dengan mengamalkan sunah Nabi SAW. Kemanisan dan keberkatan perkahwinannya lebih terasa. Alhamdulillah.... :)

#Assalamualaikum! 
 Ditaip oleh: SUGHAYA