ASSALAMUALAIKUM!
Mesti kawan aku sudah maklum kan bahawa 29 Mei 1997 adalah tarikh pertunangan aku. Ceh..
Mesti kawan aku sudah maklum kan bahawa 29 Mei 1997 adalah tarikh pertunangan aku. Ceh..
Haha! Itu lawak,kay? Takkan lah aku nak tunang time aku dilahirkan di bumi ini. Nampak sangat aku ni nak cerita gempak jeh. Hehehe.. :D
Actually, itu tarikh birthday aku.
Aku cadang nak hangout dengan diaorang kat Alamanda time birthday aku tu.
Rancangan tu menjadi dan Wanie tumpang kereta aku. Amira pulak pergi dengan family dia.
Pada hari tu, tiba-tiba pulak kereta ayah aku kehabisan air-cond. Ini disebabkan perjalanan aku sekeluarga ke Perak untuk menghantar kakak ku ke Matriks.
Nasib Wanie lah kan.. Terpaksa rasa udara semulajadi kat luar nuh.. Haha!
Sampai je kat Alamanda, kitaorang pergi tempah tiket wayang.
Mula-mula nak tengok Fast and Furious 6, tapi kena umur 18 ke atas.
Aku berdegil jugak nak tengok cerita tu walaupun ayah dah warning.
Time kat kaunter ingatkan lepas. Orang tu mintak pulak IC. Memang tak lepas lah kan..
Kenapa lah orang tu taknak bagi penawaran yang special untuk birthday girl ni. Haduyaiii.. Maybe aku lupa nak bagi tau kat dia pasal birthday aku tu. Kalau tak mesti dia kasi kan.. Haha! Poyos je..
So, kitaorang tengok cerita EPIC. Kartun pon kartun lah...
Mula-mula dah tempah 3 tiket. 1 lagi untuk Mira. Ingatkan dia sempat sampai...
So, ayah ambil tiket tu and tempah lagi 1 for ibu. Membazir je kan kalau buang~
Suddenly, Mira call kata dia dah sampai..
Time tu, i feel like Errrrrrrr.. =..=
Nasib baik Mira kata dia tak jadi nak masuk and dia pergi makan kat luar Alamanda.
Terasa kepelikan disitu. Betapa banyak makanan kat Alamanda, pergi menyusahkan diri pulak.
Aku pelik jugak macam mana ayah dia bayar parking. Masuk, keluar lepastu masuk balik. Curious~
Habis tengok cinema, Wanie kata nak jumpa Mira kat MPH sambil cari novel yang mama dia kirim.
So, kitaorang pon cari lah.. Lama jugak lah. Jumpa Muhaimin lagi, dia dah berisi sikit lah. >.<
Mira still tak sampai-sampai lagi and aku decide nak terus pergi Secret Recipe je coz Wanie janji nak belanja dan tak cukup masa. Ayah suruh balik 4.30. :/
Dah order cake pon Mira tak sampai lagi. Haih.. dia ni.
Beberapa minit lepastu, Mira sampai.
Kitaorang panggil dia, pastu dia pandang. Tapi, dia nak pergi kat orang lain pulak.
Nampak kekeliruan kat muka dia tu, Itulah.. lain kali pakai cermin mata selalu. kan dah jadi macam tu. Lawak je! :D Sedih dapat sekejap je spend time dengan Mira. :'(
Masa abang waiter tu nak hantar air kat kitaorang, sudu jatuh.
So, abang tu nak cari sudu tu kat bawah kerusi tapi tak jumpa.
Pastu dia cakap: "Hesy sudu ni.. menyorok pulak dia."
Apa lagi, kitaorang gelak ah.. Tak cukup dengan tu, abang tu kecoh pulak cakap kat kawan dia sudu tu main nyorok2.
Masa nak balik, abang tu tak bagi pon benda hitam yang untuk bayar tu. Sorry.. aku tak tau nama benda tu. Abang tu dah malu. Ntah pape je doh..
Time kitaorang nak keluar pulak, kawan abang tu tiba-tiba cakap: "Datang lagi. Jangan serik tau!"
Haha! Sampai begitu sekali. Nasib baik lah kawan abang tu hensem. Terpikat sebentar. :P
Pastu abang tu pon sibuk nak menyampuk jugak: "Datang lagi. Bye!!!"
Perghhh~ Semangat gila. Tadi kemain malu dia. Menyakai betoi. Nampak perempuan pon nak gelabah sampai sudu jatuh. Macam-macam kerenah..
Anyway, best giler dapat jumpa diaorang. Thanks korang sebab sanggup spent time together masa birthday aku ni.
Assalamualaikum!
Ditaip oleh: SUGHAYA



No comments:
Post a Comment