Sunday, 15 March 2015

Start



Assalamualaikum!

Sedih gila sebab kena lap blog ni sampai berminggu-minggu.
Teruk sangat 'dianak tirikan' blog ni sampai habis hijau satu skrin dengan lumut-lumut yang sibuk menumpang mencari tempat perlindungan.

Tau tak lumut aku bersihkan kau dengan clorox bagai lepastu kasi Downy biar wangi. Kau menyebabkan tempat ni busuk, kusam. Habis tak nampak segala coretan yang aku & kawan-kawan tulis.

Tapi kenapa aku nak salahkan lumut?
Padahal aku sendiri tak reti nak menjaganya
Membiarkan blog ni selama beberapa tahun terbengkalai
At least kalau ada lumut, tempat ni ada kawan yang teman kan..

I'm so sorry
Wahai lumut aku terpaksa menyingkirkan kau
Aku akan kembali menyayangi tempat ini dengan sering menjenguknya 24 jam

Wahhhh.. rasa macam over la pulak mencipta cerita yang memerlukan imaginasi yang tinggi. Cewah
Aku mahu mencari duit supaya boleh beli laptop sendiri or gadget yang membolehkan aku membebel kat sini lagi.

Doa dan sokongan dari anda-anda semua amat diperlukan untuk aku meneruskan memelihara tempat ni. Hahahahahahahahahahahahahha

Okey takat ni sahaja cerita merepek hari ini. 
Assalamualaikum!

Ditaip oleh: SUGHAYA

No comments:

Post a Comment