Monday, 27 April 2015

Interview IPG

Assalamualaikum!

Okey hari ni aku nak cerita lah sikit (banyak sebenarnya) pengalaman pergi interview ipg. Bagi sesiapa yang dapat tu, boleh la intai-intai blog ni untuk nak rasa lebih annoying lagi sebab terpaksa menenung cerita yang seperti kanak-kanak 3 tahun ni.

Mula-mula aku dapat interview yang pertama (ada ujian kecergasan & ujian bertulis tak silap). Okey macam bersyukur lah tiba-tiba dapat pulak interview ipg ni sebab result SPM bukannya gempak sangat.

Lepastu semangat la nak berlatih lari- lari dulu sebelum pergi interview tu. Katanya nanti ada banyak 'rintangan' kena lalui. Semangat jugak beli kasut sukan baru lah hape. Yang tak boleh blah seluar track pun ngada-ngada nak beli baru. (Okey siapa rasa cerita dah mula annoying sila muntah).

Aku ingat masa interview first ni ada temuduga yang tanya- tanya soalan tu. Hmmmmm semangat jugakkk nak search pasal KPM lah isu semasa lah baca karangan lah. Konon-konon tengah semngat lah ni.

Bila datang je waktu interview first tu "Lahaaiiii buat penat je gue baca segala benda rupanya just jawab soalan dalam kertas, ABCD pulak tu." Haaaa itu lah jawapan budak yang tak berpengalaman lepastu buat-buat macam tahu semua benda (Aku lah tu).
Hurmmm baru tau yang ipg ni ada 2 kali interview. Sedeyhhh hidop

Then selesai semua ujian bertulis & UKCG tu. Jangan risau adik-adik sekalian. Interview yang pertama ni takde lah besar ujiannya. Yang penting adik-adik ada kekuatan mental & fizikal. Sentiasa berfikiran positif. Sentiasa!

Lepah tuh mengada lah nak relaks-relaks sebab rasa macam tak lulus ujian haritu. Takde dah nak baca pape pun macam sebelum ni yok yok oooo je semangatnya.

Sekali checkkkk..... HAMEK KAU! Dapat pulak interview kedua. Rasa stress tu tak payah cakap lah. Mula lah sebok nak cari bahan untuk temuduga nanti. Baru nak selak balik buku masa sekolah menengah. Haaaaa tu lah padan muka siapa suruh masa sekolah tu hafal semata-mata nak periksa lepastu lupakan macam tu je. Please hadek-hadek jangan ditiru tabiat buruk saya.

Pihak IPG memang tulis interview pukul 8 pagi semua tapi kita tak tahu giliran kita yang keberapa. Macam aku ni dapat bilik D & sesi 4. Mula-mula tak tahu apa benda kan.. Pergi je la Bangi dari rumah bertolak pukul 6 pagi macam tu. Sampai sana pukul 7 lebih. Okey lah tu sebab nanti takde lah kelam kabut sangat. Sampai kat sana pun memang dah ramai yang datang.

Then masuk lah bilik D yang telah ditetapkan. Dalam bilik tu ada 22 orang calon. Lepastu kena bahagikan kumpulan ikut nama yang telah ditetapkan termasuk lah sesi yang telah ditetapkan. Tunggu punya tunggu nama hmmm dapat interview kumpulan yg pukul 4 petang punya. Rasa macam mana? Terkejut kauuuuuu. Rumah bukan sebelah je kak. Jauh jugak. So, aku suruh ibu dengan ayah balik dulu sebab dijangka habis pukul 6.

Ni tak tahu lagi ujian amali kena buat pukul berapa sebab aku amik Pen. Islam. Tunggu lagi tunggu lagi tunggu lagi tunggu lagi. Last2 sampai lepas zohor kauuu group kitaorang punya ujian amali. Rasa macam mana? "Bila anda rasa gembira tepuk tangan" Yeay yeay =..= Kitaorang dah naik turun naik turun lepastu hujan pulak masa nak pergi surau. Ni gara-gara KB (Khairul Bariah) menyanyi. Eh tak tak tak gurau gurau.

Lepas solat zohor tunggu lagi sampai pukul 3 lebih macam tu baru ujian amali. Korang jangan risau. Soalan dia macam soalan masa SPM dulu (okey poyo lebih macam dapat jawab). Yang penting kan kalau korang amik Pen. Islam, korang kena mahir B. Arab bagi kelulusan SMA/SMU, lepastu subjek Syariah la yg banyak ditanya macam puasa ke. Kalau orang macam aku, orang soal terus blur. So, korang kena ada persediaan mental yg kuat. Takde lah nanti terkejut pengsan bila dengar soalan.

Okey ni lahhh saat yang amat dinanti-nanti oleh kami kerana sudah terlalu lama kami bertapa disitu sampai tak ingat nak study apa-apa sebab rasa dah malas. Sampai tempat tu tinggal bunyi angin sepoi-sepoi je menemani kitaorang.

Then interview group tu. Takde dah interview secara individu. Semua dalam group je. Tapi nanti bagi pendapat kena lah sorang-sorang. Mesti pandai mencelah & fikirkan idea dengan pantas. Jangan jadi macam aku over asyik nak mencelah last2 lupa apa yang nak cakap. Hahahahaha. Pihak panel tu akan bagi kita tengok video lepastu dia bagi soalan berdasarkan video tu. Jangan risau takde soalan yang jauh menyimpang pun. InsyaAllah semua soalan korang boleh petik je jawapan dia. Ingat! cakap je walaupun takde idea sebab ada markah semua tu daripada berdiam diri.

Akhirnya aku rasa nak tergelak sendiri dengan apa yang aku cakap masa temuduga tu. Rasa nak koyak mulut sendiri. Wahahahaha.

Assalamualaikum!
Ditaip oleh: SUGHAYA

No comments:

Post a Comment