Sunday, 12 May 2013

Selamat Hari Ibu. :)

Assalamualaikum!

Okey. Berdirinya saya disini kerana.... -_-

Apa merepek ni. Sejak bila pulak kena berdiri bila nak tulis blog?

Okey, mula balik.

Pada hari yang indah ini, aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberi peluang aku untuk hidup di muka bumi Allah ini. Seterusnya, masih mengurniakan aku seorang IBU yang penyayang sehingga hari ini.

Ceh.. panjang jugak mukadimah aku ni.

Tanggal 7 Mei 2013, berlaku lah satu insiden yang amat mendebarkan.
Haha! Over gila. Okey, just ignore it. Hanya 'panggang kerepek semata-mata'

Sebenarnya, tarikh tersebut ialah tarikh dimana hari lahir ibu aku. Sebelum hari yang sungguh istimewa itu memunculkan dirinya, aku dan ayah pergi membeli sebuah hadiah. Eh? betul ke hadiah sebuah?

Aku belikan teddy bear yang murah-murah je. Mana lah budak ssekolah yang berumur 16 tahun ni sudah bekerja. Belajar pon merangkak, meniarap lagi. Tak layak kot nak kerja.

Actually, nak cerita pasal Hari Ibu. Tapi, dah terlanjur menaip pasal birthday ibu pulak. Yela.. itu semua sebab tarikh hari jadi ibu lebih kurang nak hampir dengan tarikh keramat bagi IBU-IBU DI DUNIA.




So, bersyukur lah kalau korang masih ada ibu. Hargai lah mereka kerana mereka telah mengandungkan, kendong, campak, eh? tersilap. Maksudnya timang-timang kita...

Dengan itulah, kita harus menggunakan tarikh ini untuk menunjukkan kasih sayang kepada mereka. Bila lagi kan nak buat mereka gembira walakin setiap hari kita buat mereka tersenyum. Tapi, hari tersebut amat bermakna buat mereka selain hari lahir mereka.

*Dah macam karangan Bahasa Malaysia pulak aku buat ayat ni.*

Gud luck ea korang. Semoga korang dapat menggembirakan hati mereka.

Mengambil kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat hari Ibu kepada semua Ibu-ibu di dunia ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua insan yang sudah bergelar seorang guru.



#Assalamualaikum!

Ditaip oleh: SUGHAYA

No comments:

Post a Comment