Assalamualaikum!
Tanggal 17 haribualan 5, pelajar tingkatan 3, 4, dan 5 diWAJIBkan untuk menghadirkan diri ke majlis Perkampungan Ilmu yang diadakan untuk berkampung seperti me'rewang' kerana ada salah satu pelajar ingin melangsungkan perkahwinannya pada hari tersebut. Oleh kerana itu, dia menjemput kami untuk membantunya memasak, menguruskan hal-hal perkahwinan dia dan lain-lain lagi. Perkahwinan tapi ada perkataan Ilmu??
Keng keng.. Cerita di atas hanya rekaan semata-mata. #IniSemuaPoyo!
Sebenarnya, kitaorang ada program ni sempena peperiksaan penting untuk kitaorang macam PMR, SPM, dan SMA. Bagi budak asrama memang la senang sebab program tu ada jugak waktu malam. So, susah lah budak luar nak datang macam suami aku. #Eh? Entah pape je~ Macam kami yang budak luar ni susah nak pergi masa malam. Ayah aku terpaksa keluar sekejap dari tempat kerjanya semata-mata nak ambil anak kesayangan dia ni. Hehe :D
Malam Jumaat tu, kitaorang semua pakai jubah hitam. Eh, aku dengan Mira je. Wanie ayu~ So, dia pakai baju warna pink. Kitaorang 'Blackout' malam tu. Rasa malu nak masuk kat dewan masjid tu. Macam vogue sangat kitaorang malam tu. Macam nak pergi dinner kot~
Huaaaa!!! Penat giler doe. Terutamanya masa nak bangun esok pagi lepas balik pukul 11 malam semalamnya. Errrgghh.. ikutkan hati, rasa malas nak pergi pagi tu. Tapi demi MUMTAZ (konon), aku terpaksa tabahkan 'liver' aku. Nasib baik lah sama kumpulan dengan Mira. Kalau tak, aku bakar sekolah. Tak payah amik SMA. Hahahahahah *Evil laugh*
Okey. Malas nak cerita panjang. Bye2!
#Assalamualaikum!
Ditaip oleh: SUGHAYA

No comments:
Post a Comment