Definisi “Bengang” ialah apabila seseorang melakukan sesuatu yg mengakibatkan anda mengatakan Bangang kepadanya. Apabila anda Bengang, anda akan berasa ingin terbalikkan semua benda yg berada di sekeliling anda termasuklah nenek tua yg dah nak menuju ke “batu dua”. Petua untuk menghilangkan rasa Bengang ialah dengan membuatkan sahabat anda bengang dgn anda dgn mengatakan Bangang kepadanya. Apabila dia dah berasa Bengang maka mulalah mulutnya mengatakan Bangang kepada anda. Anda pun mula bengang dgn sebengang-bengangnya dan menyebut perkataan Bangang kepadanya. Begitulah seterusnya sehingga berkurun lamanya.
P/s : “batu dua” refers to grave or kubur. Itu kira bahasa
lembutlah kan.
Aku tau lepas
korang baca intro tadi rasa macam nak hempuk je kepala aku dgn kulit durian kan
? Hmm, hempuk lah. Ada aku kesah ? Hahahaha *evil laugh. Aku saje nak buat
orang bengang bila baca blog yg selalu bersawang ni. That’s why tajuknya pun “Bengang”.
Actually,
semenjak dua menjak tiga menjak empat menjak lima menjak ( Deyy, berapa banyak menjak daa
-__-) ni aku asyik rasa bengang je. Ada je manusia yg tak berhati perut sengaja
nak menaikkan darah aku. Kalau aku kena penyakit darah tinggi mcmana ? Arwah
moyang aku jugak yg susah. Ok takde kena mengena Wanie. Sometimes, rasa macam diorang
ni berpakat pulak nak menyakitkan hati aku. Dengki dengan hidup aku ke apa
diorang ni ? Menyampah ok.
Ada banyak benda yg
boleh buat aku rasa nak telan kulit durian walaupun aku ni pembenci tegar Encik
Durian a.k.a Raja Buah tu. Antaranya :-
1) Busy body
Dalam banyak
banyak orang yg korang kenal, mesti ada yg perangai suka menyibuk hal orang
kan. Omputih kata busybody gitu. Diorang ni kalau dengar gosip nombor 1. Kalau
gosip yg diorang dengar tu betul takpe lah jugak. Kenkadang tu gosip tu takde
kena mengena pun dgn kita. Pandai pulak diorang ni putar belit cerita. Tu
namanya menfitnah ye wahai sahabat sekalian. Bila dah mula bergosip dan
menyebarkan fitnah tu ada jelah yg pandang serong kat kita bila diorang percaya
gosip tu. Kenkadang sampai memutuskan perhubungan seseorang. Hmmm, aku harap
siapa yg suka buat kerja-kerja bodoh mcm ni bertaubatlah sebelum terlambat.
Kita tak tau bila kematian kita. Entah-entah tengah syok online twitter or
facebook then ternampak crush kita sweet sweet dgn perempuan/lelaki lain kita terkejut, sakit
jantung, terus innalillah... Manalah tau kan. So, stop lah jadi penyibuk bak
kata pepatah Melayu, “Menyibuk dengan seluar orang lain, seluar sendiri koyak pun tak
sedar”. Pepandai kau je kan Wanie nak merosakkan peribahasa. Kalau cikgu BM
kesayangan aku baca aku confirm kena buang sekolah. Kau kalau cerita nak gempak je kan. Bak kata pepatah omputih pulak "Heyy, get a life lah ! Mind your own bussiness !" Haa, gitu.
2) Pencuri
Actually, pencuri yg aku maksudkan ni bukan pencuri yg rompak bank atau peragut tu. Pencuri yg aku maksudkan ni orang yg suka guna barang orang tapi tak mintak izin tuan punya barang dulu. Konon-kononnya pinjamlah kan... Pinjam pale otak kau ! Haa, kan aku dah emo. Orang macam ni memang tak pernah gagal buat aku bengang. Yelah, suka hati mak bapak mertua belah suami sepupu sepapat jiran belakang rumah dia je nak guna barang kita. Kalau setakat pinjam takpe. Tapi kalau dia tak pulangkan balik ataupun rosak barang tu siapa nak tanggung ? Arwah moyang kepada moyang mak mertua kau ? Memang tak lah kan dia nak bangun dari kubur semata-mata nak ganti balik barang kita yg rosak tu. Kalau dia ambik makanan kita tanpa izin pulak mcmana ? Nak suruh si pencuri ni muntahkan balik apa yg dia makan tu ? Weh, bagi kat oink oink (khinzir) pun dia taknak makan tau. Orang mcm ni kalau aku ada kuasa setaraf perdana menteri, dah lama aku rendam muka dia dalam kuah tomyam dgn mata terbukak. Baru padan dgn muka dia yg mcm mintak penampar tu.
3) Penipu
Rasanya semua manusia dalam dunia zaman sekarang ni pernah menipu betul tak ? Contoh terdekat : " Weh, kau suka kat mamat tu kan ? Aku selalu nampak kau usha dia." tanya si A kepada si B. "Eh, mana ada ! Aku suka pandang dia sebab muka dia tu ada iras muka arwah nenek aku. Untuk hilangkan rindu aku pandanglah dia.." dengan yakin si B menjawab padahal dalam hati dah menggelabah mcmana member dia dapat detect perasaan dia pada mamat tu. Hmm... Memanglah kenkadang tu kita terpaksa menipu untuk mendamaikan orang yg tengah bergaduh ataupun menggembirakan orang yg sedang bersedih. Tapi manusia sekarang ni suka menipu untuk menutup kesalahan diri sendiri. Bagi aku, aku lagi suka orang yg berterus terang walaupun dalam hal tu memang terang-terang dia tu bersalah. Tapi, bila orang dah menipu untuk tutup kesalahan then lama-lama dia dah terkantoi dgn aku yg dia tu menipu, aku rasa macam nak sumbat dia dalam bonggol unta. Biar dia duduk diam dalam tu so dia tak boleh nak menipu orang lain pulak. Aku pun bukannya baik sangat. Kenkadang termenipu jugak. Tapi aku mintak maaf balik dekat orang tu. Macam-macam perangai manusia zaman sekarang ni...
Pn. Mama dan En. Daddy ada pesan, kalau kita tak suka orang buat sesuatu dekat kita, kita jangan buat benda tu kat orang lain. So, perbaiki diri setiap hari supaya esok menjadi hari yg lebih baik dari hari ni. Today is better than yesterday. Tomorrow is better than today.
That's all for today. Assalamualaikum, Byebye :)
Lot's of love, WanieSykes :* xoxo

No comments:
Post a Comment